SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PIBG SMK SRI SENTOSA KUALA LUMPUR

Laman Web PIBG SMK Sri Sentosa dibangunkan atas tujuan memberikan perkhidmatan kebajikan kepada para pelajar di sekolah ini di dalam meningkatkan imej sekolah. Selain itu, PIBG akan membantu menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan para pelajar dalam kegiatan mereka. Ia juga menjadi satu saluran kepada ibu bapa dan guru di dalam sekolah untuk bertukar-tukar fikiran, berunding di antara satu sama lain mengenai taraf pendidikan anak-anak. Adalah diharapkan laman web ini akan memberikan seribu manfaat kepada semua warga sekolah termasuk komuniti setempat.

Sebarang cadangan, idea ataupun komen, bolehlah diajukan di bahagian Aduan/Cadangan.



Makluman tentang tarikh pengambilan Bantuan Persekolahan sebanyak RM100
  • Tingkatan 3 dan 4:
       15 November 2011 (10.00 am - 2.30 pm)
  • Tingkatan Peralihan, 1 dan 2:
       17 November 2011 (10.00 am - 2.30 pm)

Ibu / bapa diminta datang bersama dengan anak masing-masing






HARI ANUGERAH CEMERLANG
23 APRIL 2011
Dirasmikan oleh: Yang Berbahagia Datuk Hj. Salleh bin Yusup
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(Mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur)




Majlis Penutup Projek Ceriathon PIBG


Gambar-gambar yang sempat dirakam ketika berlangsungnya Majlis Penutup Projek Ceriathon PIBG 2010. Projek ini telah dijayakan dengan cemerlang oleh seluruh warga sekolah. PIBG mengucapkan syabas dan terima kasih di atas sokongan padu yang telah diberikan.

Pungutan Bayaran-Bayaran yang Dikutip oleh Sekolah


Berikut merupakan maklumat mengenai bayaran-bayaran yang dikutip oleh sekolah yang telah diluluskan oleh Pendaftar Sekolah Jabatan Pelajaran Wilayah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nombor Rujukan (JPWP 12-30/SMK/2010(70).

a) Kutipan oleh PIBG sekolah:
Jenis KutipanAmaunCatatan
i) Sumbangan kepada PIBGRM 40.00Setiap Pelajar
ii) Majalah SekolahRM 12.00Abang atau Kakak yang paling tua sahaja membeli
JumlahRM 52.00 atau RM 40.00 
b) Kutipan oleh pihak sekolah :
Jenis KutipanAmaunCatatan
i) Kertas Ujian DalamanRM 10.00Setiap pelajar
ii) MSSMRM 4.00Setiap pelajar
iii) Insuran TakafulRM 1.50Setiap pelajar
iv) Sukan Tahunan SekolahRM 6.00Setiap pelajar
v) Kegiatan Pendidikan Islam/MoralRM 6.00Setiap pelajar
vi) KokurikulumRM 6.00Setiap pelajar
JumlahRM 33.50 

SMKSS Go Green Campaign!

Maksud kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan sebagai bahan-bahan mentah seperti tin aluminium, botol plastik, botol kaca dan kertas. Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar.

Apakah kepentingan kitar semula?

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita
2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga

TARIKH:
Setiap hari JUMAAT
(bermula pada 25/6/2010)

MASA:
6.45 - 7.30 pagi
1.30 - 2.20 petang

TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNA SEKOLAH
(Pandu masuk terus ke dewan)

ANJURAN:
PIBG SMK SRI SENTOSA


BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM KITAR SEMULA SEKOLAH KITA